RF

RF

Thursday, September 13, 2018

After 3 years da on BLOG!

How time flies...

Im a mother of two kids!!



Friday, October 9, 2015

INI Alasannya Mengapa Anda harus Mencukur Rambut Kemaluan Secara Rutin!

Mencukur rambut kemaluan adalah salah satu anjuran dalam suatu agama. Bahkan disarankan bahwa anjuran ini sebaiknya dilakukan secara rutin, yaitu setiap 40 hari sekali.

Anjuran ini berlaku bagi pria maupun wanita. Dilansir klikdokter.com, sebagian orang mempertanyakan pentingnya praktik pencukuran ini.

Pasalnya, dikaitkan dengan kejadian luka dan infeksi setelah mencukur. Selain itu, menghilangkan fungsi perlindungan alat kelamin dari debu/ kotoran lain, hingga adanya pendapat bahwa hal ini merepotkan dan tidak memberikan efek apapun.



Ternyata, dibalik latar belakang tuntunan agama, mencukur rambut kemaluan yang dilakukan dengan cara yang tepat dapat memberikan beberapa manfaat dari sisi kesehatan. Dengan mencukur rambut kemaluan, proses pembersihan produk kelenjar minyak/ keringat dapat dilakukan dengan sempurna.

Bila produk kelenjar ini tersisa di area rambut, maka menyebabkan area tersebut lembab dan bakteri mudah berkembang biak (menyebabkan gatal, bengkak, kemerahan, dll)

Memastikan rambut kemaluan tetap tipis akan mencegah bersarangnya tungau/ kutu kelamin (jenis Phthirus pubis).
Mencegah timbulnya bau tidak sedap karena partikel kotoran dan sel-sel kulit mati mudah dibersihkan.
Rambut kemaluan yang terlalu tebal akan mengganggu pembersihan organ kelamin karena menghalangi sampainya air pembasuh ke organ tersebut (misalnya pada saat mandi dan membasuh setelah berkemih bagi wanita).
Dari sisi seksual, rambut kemaluan yang dicukur akan memberikan penampilan yang rapi dan bersih sehingga mampu meningkatkan gairah untuk berhubungan seks.

Namun, masih ada beberapa hal penting yang harus Anda perhatikan saat mencukur rambut pada kemaluan.
Hal yang penting untuk diperhatikan adalah pastikan kebersihan alat-alat yang digunakan untuk mencukur/ menggunting rambut kemaluan (paling baik pisau cukur sekali pakai).
Berhati-hati dalam melakukan proses pencukuran, bersihkan rambut dengan sabun selesai mencukur, serta gunakan antiseptik/ krim antibiotik bila terdapat luka.

Cukup banyak manfaat kesehatan yang dapat diperoleh dengan mencukur rambut kemaluan, disamping sekaligus menjalani anjuran agama bagi yang beragama Islam.

Tidak perlu ragu untuk mencukur rambut kemaluan. Kebersihan sebagian dari iman, kebersihan adalah kunci kesehatan. (*)

KISAH 10.10.2015

Perasan da 3 hr lewat period, subuh tadi cek UPT, sbb pharmacist kata elok cek air kencing awal pagi @ kencing pertama...
Cek2 POSITIF!!!
terus solat subuh, Alhamdulillah.. rezeki 10.10.2015..... nak kejut husband awal sgt.... nak tdo pon xsenang.. sebab tak bagitau husband lagi.. :)
Then kejut husband mintak hntr g keje... tunjuk UPT dia xpaham....
Bila cakap "Ayang Pregnant"
Husband terus ckp " Alhamdulillah"
Isteri " tapi kena cek doctor dl utk kepastian"
Husband " klinik mana nak cari?"

Dari sec 19 ---> sec 18---> TTDI jaya.. klinik semua penuh la... doctor xde la.... last2 jumpa Klinik Mediveron TTDi Jaya, RM20 je utk urine test and consultation.

Di klinik, doc kata terlalu awal sbb baru lewat 3 hr, doc mintak cek semula selepas seminggu....
Doctor kata anggap diri pregnant... da mula kena jaga makan,minum, kesihatan....

ALHAMDULILLAH... REZEKI KELUARGA RF...

Last Period : 10/09/2015
Date Check UPT : 10/10/2015
Usia Kandungan : 4 minggu 2 hari
Dijangka bersalin : 18/06/2016

Monday, August 31, 2015

Petua Hamil Tradisional

Assslamuaikum ...Bakal² momy ,ibu,emak,umie,
Jom kita kongsi ilmu bersama..jom ikhtiar tanpa ubat.tanpa duit...8 bulan, anda insyaAllah akan mendapat zuriat yang diidamkan.
Amalan mendapatkan zuriat
1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid..
insyallaah.. jika diamalkan berhasil
4. Doa Nabi Zakaria
5. surah AlWaqiah selepas subuh
6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
Diet Pemakanan
1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
2. Buah Delima
3. Buah Zaitun
4. Buah Kurma
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur &buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging,ayam etc.
6. Jangan minum air kelapa
CARA SENAMAN BATIN
1. Duduk bersila badan tegak
2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula
pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah
kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn Lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3xkiri..3x kanan)
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t
2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah
mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang
terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .

Friday, August 21, 2015

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

• Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.
• Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
• Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
• Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
• Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
• Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
• Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
• Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
• Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
• Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
• Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
• Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala"

KEBAIKKAN-KEBAIKKAN SEKS KETIKA HAMIL

Sebenarnya, seks ketika hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu, bapa dan juga bayi di dalam kandungan.
1.Sememangnya biasa bagi ibu mengandung mengalami kekejangan serta sakit kepala yang melampau. Puncak nikmat atau klimaks ketika melakukan hubungan seks sebenarnya boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.
2.Hormon yang berubah secara drastik membuatkan emosi wanita hamil tidak stabil. Hubungan seks bersama suami mampu menyelesaikan masalah ini sekaligus memperbaiki kesihatan mental isteri.
3.Kajian menunjukkan hubungan seks kala hamil dapat menambahkan bekalan darah ke bahagian rahim dan faraj. Dan ini baik untuk anak di dalam kandungan.
4.Sekiranya pasangan melakukan hubungan seks berhampiran tarikh bersalin, ia boleh melembutkan serviks dan membantu memudahkan proses kelahiran.
5.Hubungan seks ketika mengandung mampu menguatkan ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri sehingga ada yang mengatakan suami akan jauh lebih mengenali dan memahami isteri secara zahir dan batin.
6.Ia juga membantu tumbesaran janin dan mengelakkan kelahiran pramatang.

Tuesday, August 18, 2015

Kenapa Suami Perlu Peluk Isteri?

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami…..

1. Peluklah isteri
2. Belai lembut rambutnya
3. Sentuh wajahnya
4. Gosok lembut lengannya
5. Kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. Gosok lembut punggungnya
7. Sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:
untitled

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan….

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, Insyalaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga….

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya…..