RF

RF

Wednesday, December 25, 2013

BIASA

dah selalu aku merasa seperti ini
bercinta separuh nyawa tapi ku mati
dah terlalu biasa
dah terlalu biasa seperti ini

apa lagi yang perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakan
tetap tak mencukupi

telah aku bagi seluruh jiwa ini
ku koyakkan ku jahitkan terus ke hati

namun tak pernah cukup untuk dia
dia kata aku ini tak sempurna
seperti perempuan itu yang dia mahu
yang tetap dia mahu tetap dalam hati itu

aku seperti sudah begitu sakit hati
--terjadi lagi setiap kali
telahku bagi hati yang telah aku kunci pada dia yang pernah kata mau janji

bila aku kepungkan diri aku dia katakan "bukakan diri itu"
bila aku hunuskan pedang dia tarik dulu
dia kata dia tetap mau aku
dia tetap mau cinta aku

asyik2 aku merasa disampahkan
sedangkan selama ini kubagikan berlian
kubagikan setiap apa yang ku ada
kubagikan setiap yang diminta
tetap tak sempurna

bagaimana perlu aku lakukan lagi
bila pula ku ini tidak pernah memenuhi jiwanya

aku tak tau lagi
aku tak tau lagi
aku tak tau lagi
katanya

mau apa ku bikin untuk dia
perlukah aku melutut dan meminta2?
ku maukan engkau tetap di hati
perlukah engkau untuk pergi?

takkan ada sesiapa yang mencintai engkau
sebagaimana aku memegang engkau

sampai bila hendak kau main lari2 lagi
sampai bila?
apakah sampai aku jadi mati?

setiap kali aku lihatkan semua orang
tetap kau hargakan mereka yang terbilang
sedangkan ku bagi setiap rasa hati ini

kau memang lelaki seperti binatang
yang menjadikan aku perempuan jalang
engkau tak harus hidup
malam ini kau akan ku kecup

kau bunuh aku di dalam diri
kau biarkan aku mati
apa kau fikir aku akan biar kau pergi
aku akan ikut kau berjalan
sampai kau mati

sampai kau mati.


(Fynn Jamal)

KARMA

Lelaki...
apa mereka kata mmg xboleh percaya...
hari kata janji nak kawan la...bff la..tuptup da remove friend dlm laman sosial..
tindakan sgt tak matang..
alasan yang tak boleh pakai..
aku rimas dgn lelaki yg hanya amek kesempatan pada wanita yg golongan macam aku.
sekali kau buat org mcm ni, berkali2 kau akan kena balasan dari Allah..
Allah maha adil...aku sgt percaya pada karma.

Sekian.

Tuesday, December 24, 2013

AIRMATA KEDUKAAN

airmata asyik mengalir...maafkanku mata...kerana pantas mengalirkan airmata ini...
kerna aku xmampu menahan sebak di dada...
mungkin dgn tangisan mampu meredakan kesedihanku...

Aku ingin bahagia..tp lain pula yg kau berikan..
hanya beberapa hari saja jadi peneman setiaku..
Ini semua kuasa Allah swt.. Dia yg memberi kita bahagia..dia yg beri kita duka..
Sakit di hati hanya Allah je yg taw.

Biarlah hati ini kosong tanpa sesiapa yg mengisinya..
hanya hati ini saja yg taw siapa pemiliknya.
Moga Allah swt berikan yg terbaek utkku...

Hanyaku inginkan kebahagian dunia akhirat..
terima kasih awak... kerana gembirakan sy utk beberapa hari ini..

Tuesday, November 12, 2013

Tips untuk bau minyak wangi tahan lama

Terdapat beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika anda menggunakan minyak wangi anda secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi anda kekal lebih lama berbanding sebelumnya.

Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok
Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian
Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan wangian lebih tahan lama.

Di mana saya perlu menyembur minyak wangi saya?
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi anda adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana anda boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.

Lembapkan kulit anda sebelum menggunakan minyak wangi
Tahukan anda bahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering? Ya, ini merupakan satu fakta yang telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

Semburkan sedikit minyak wangi pada sikat rambut
Jika anda mahukan bau minyak wangi anda bertahan lebih lama, semburkan sedikit pada sikat rambut anda dan gunakannya dengan menyikat rambut anda secara lembut. Dengan cara ini, setiap kali anda bergerak atau berjalan melepasi seseorang, bauan yang indah dna wangi turut disebarkan.

Simpan wangian anda di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi anda daripada musuh seperti kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, anda digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.

Wednesday, October 30, 2013

Kenapa aku?

Seminggu telah berlalu.....Aku masih ingatkan dia...knp harus aku lalui semua ini....?kenapa?apa salahku?....YaAllah....aku mengharapkan kau selalu denganku...

Friday, October 11, 2013

5 Mitos diet yang menggemukkan

Mitos diet #1: Soda diet bantu kurangkan berat
Kebanyakan soda diet mempunyai kalori yang rendah berbanding soda biasa kerana mereka tidak menggunakan gula seperti biasa. Masalahnya, ianya pemanis tiruan, yang mana telah dikaitkan dengan kenaikan berat badan. Mengapakah?

Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan merangsang deria rasa yang merasa kemanisannya dalam kerongkong dan perut. Untuk menghasilkan tenaga, pankreas perlu mengeluarkan insulin, satu hormon yang penting untuk mengumpul lemak badan. Pada masa yang sama, bahan kimia yang dihantar ke otak untuk isyarat kekenyangan menjadi keliru sama ada badan anda sebenarnya menerima kalori atau tidak. Oleh sebab badan anda 'ditipu' dengan pengganti gula, anda akan mengidam lebih banyak makanan dan terdedah lebih mudah untuk makan berlebihan supaya kenyang. Hasilnya? Anda akan berasa lapar dan kurang kenyang, sekaligus menyebabkan pertambahan berat badan.

Sebenarnya, pemanis tiruan 100 kali lebih manis daripada gula semula jadi dan ini sangat membimbangkan kerana makanan semula jadi manis seperti buah-buahan, tidak kelihatan manis untuk lelangit yang peka. Oleh itu, pilihlah alternatif yang lebih sihat, seperti segelas air lemon atau limau.

Mitos diet #2: Lebih banyak kalori anda kurangkan, lebih banyak berat anda hilang
Kekurangan terlalu banyak kalori daripada diet anda boleh membawa kesan buruk pada pinggang anda. Ini kerana 3500 kalori bersamaan dengan kira-kira 1 paun lemak, jadi anda memerlukan untuk mengurangkan 3500 kalori melalui diet anda setiap minggu untuk kehilangan 1 paun seminggu. Oleh sebab itu, anda perlu kurangkan 500 kalori sehari untuk kehilangan 1 paun seminggu.

Bagaimanapun, menyekat badan daripada makan untuk berdiet akan mendedahkan badan anda ke dalam 'mod kebuluran', yang mana mencegah badan anda daripada membakar lemak yang tidak diingini. Mekanisme ini akan membuatkan badan mengambil beberapa kalori daripada lemak otot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Lantas ini akan menyebabkan kehilangan otot yang mana akan memerlahankan kadar metabolik sekaligus menghentikan penurunan berat badan.

Mitos diet #3: Pasta menjadikan anda gemuk
Ianya bukan salah pasta menjadikan anda gemuk tetapi jumlah pasta yang anda ambil. Jika anda makan apa sahaja makanan terlalu banyak, dan tidak melakukan senaman untuk membakarnya, badan anda akan menyimpannya sebagai lemak. Jadi, sama ada roti atau pasta atau nasi, ianya sebenarnya tentang jumlah dan kalori tambahan yang anda ambil, bukannya karbohidrat. Kawal pengambilan makanan anda, itu kunci paling utama untuk medapatkan berat badan ideal.

Mitos diet #4: Makan jam 8 malam akan menaikkan berat anda
Terdapat beberapa fakta yang betul tentang mitos ini. Pakar mencadangkan supaya tidak makan selepas pukul 8 malam kerana kajian menunjukkan bahawa anda akan lebih cenderung untuk makan terlalu banyak dan mengambil banyak kalori apabila anda makan lewat malam. Mungkin keletihan akan menyebabkan menyebabkan anda makan terlalu banyak makanan yang salah lantas menambahkan berat badan.

Walau bagaimanapun, ia bukan masa pengambilan makanan yang membuatkan berat anda naik, tetapi kalori tambahan! Jika anda melebihi pengambilan kalori yang disyorkan untuk sehari, baki kalori yang tidak dibakar di dalam badan akan disimpan sebagai lemak. Oleh sebab itu, sentiasa berhati-hati dengan pengambilan kalori anda sepanjang hari. Pakar juga mengesyorkan untuk seorang wanita yang sihat, dia perlu mengambil antara 1800-2000 kalori sehari.

Mitos diet #5: Mengurangkan makanan berlemak adalah satu alternatif yang sihat
Lemak ialah salah satu perkara yang membuatkan makanan rasa lebih enak. Apabila lemak dikeluarkan daripada makanan, terdapat banyak perisa turut dikeluarkan. Justeru itu, perasa tambahan seperti gula, bahan kimia dan 'thickeners' sering ditambah untuk meningkatkan rasa dan tekstur makanan. Namun, perasa tambahan ini lebih buruk untuk anda dan kadang-kadang hanya sebagai menggemukkan sebagai makanan penuh lemak. Kesimpulannya, anda disarankan untuk memilih makanan yang segar atau anda juga boleh membeli makanan yang mempunyai lemak tetapi ambilnya secara sederhana.



5 TIPS untuk SUAMI dan yang BAKAL bergelar SUAMI

1. Berikan bunga atau hadiah istimewa

Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih sayang anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.

2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message

Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.

3. Ringankan beban isteri

Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa).

4. Luahkan kasih sayang

Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.

5. Bawa dia keluar

Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.

Sumber: Ustaz Mohd Kazim Elias (5 TIPS untuk SUAMI dan yang BAKAL bergelar SUAMI).

Thursday, October 10, 2013

PENCERAIAN DI AWAL PERKAHWINAN


Takutnya nak menulis catatan ini. Tapi nak kena tulis juga point point dan hujah yang bermain dalam hati ku ini. Sapa yang dah kawen, mesti akan takut dengan perkataan ini. CERAI. Ini bukan soal putus putus cinta atau 'break' gitu. Penceraian antara pasangan suami isteri adalah besar impaknya dan kesannya, bukan sahaja kepada pasangan yang terlibat, tapi anak-anak (jika ada), ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan.

Sebelum akak kawen dahulu, akak tengok PENCERAIAN dalam cara yang berbeza. Bila akak tau, satu satu pasangan bercerai. Terus akak akan tengok kepada point "SAPA SALAH?" Its either suami or perempuan. Mungkin ramai antara kita pun macam tu juga.

Tapi bila akak dah kawen, perspektif akak berbeza. Penceraian bagi akak bukanlah soal SIAPA SALAH tapi sebagai satu jalan penyelesaian yang terbaik. Bila dua-dua pihak sudah tidak boleh menjumpai cara yang terbaik untuk membahagiakan kedua dua pihak, berpisah adalah jawapannya. Apabila dua-dua pihak sudah tidak boleh memberikan kerjasama dan persetujuan, berpisahlah dengan cara yang terbaik. Apabila kedua-dua pihak tidak boleh untuk maju kehadapan lagi bersama-sama, biarlah mereka berdua meneruskan hidup dengan cara dan jalan masing-masing.

Faktor penceraian ada banyak.............(bukan soal salah siapa ya...) Tapi i think, 3 main thing yang selalunya menjadi faktor besar. SEKS, DUIT dan RESPECT! That's is 3 main thing yang kena jaga walau macam mana pun.

But of course, mana ada perkahwinan yang sempurna. Macam mana punya kita duk post 1893 keping gambar kat FB dan tulis "I love u HUBBY forever...." sampai semua kawan-kawan kat Facebook rasa macam nak pijak muka kita sat, kalau dah tak bahagia di hati tu...memang tak akan bahagia pun aih. Tak payah nak pemohong sangat. That's why la jangan duk post sangat gambar kita mesra laki bini. Duk bubuh banyak sangat, orang meluat nanti apa pun tarak.

So back to my point tadi, mana ada perkahwinan yang sempurna. Especially perkahwinan yang baru terbina. Setakat baru kawen 2 3 tahun ni, actually kita masih lagi dalam ZON PERCUBAAN. Macam-macam boleh jadi dan terjadi. If u are not ready, if you cannot change, if u cannot berkorban.........................sama ada u sorang akan merana atapun dua dua merana ataupun pasangan u merana.

Tapi bila salah sorang saja merana, tengok juga berapa lama seseorang tu boleh tahan. Ada yang mampu tahan setahun dua. Ada yang boleh tahan sampai 10 tahun. Ada yang boleh tahan sampai mati. Kes kes macam ni kita boleh tengok kat kasih sayang antara mak dan bapak kita. Macam mana pelbagai rintangan dan susah payah yang dibuat oleh pasangan, mak / bapak kita akan sabar dan terima pasangan kita tu as we say 'baik dan buruk'.

Ada juga yang tak tahan langsung walaupun satu kali buat salah, dan bila tak tahan langsung ni la yang kena cepat-cepat cari solutions dan kalau takdak harapan langsung makanya penceraianlah jalan yang terbaik.

I dont want to look at penceraian sebagai satu perkara yang negative. Itulah kesalahan kita sejak dulu. Apa kata hari ini, kita semua terima penceraian sebagai satu perkara yang baik dan maybe dengan cara ini, kita tidak takut dengan penceraian dan kita akan rasa lebih berani untuk bertindak ke arah kebaikan diri dan pasangan kita. Kerana itulah akak nak katakan kat sini, penceraian itu TIDAK SALAH tetapi macam mana kita handle / tangani penceraian itu.

Kalau kita tidak ada anak, oh mudah sahaja! Penceraian itu tidak menyusahkan si kecil yang mengharapkan kasih sayang ibu dan ayah. Tapi jangan lupa, kita tetap ada ibu dan ayah mertua. Janganlah sampai ada hubungan tidak baik antara bekas ibu dan ayah mertua kita itu. Begitu juga dengan sanak saudara dan juga adik beradik. Ada yang bila settle ja kes mahkamah, terus delete adik beradik bekas suami punya Facebook bagai, pastu teruih tukar imej rambut oren dan clubbing sana sini bagai. Nasib baiklah bekas ibu mertua baik dan sampaikan maklumat perpisahan itu kepada saudara mara yang terdekat. So kami tau la what's happening.

Bukanlah nak jadi kaypo....tapi macam mana kalau esok lusa kita nampak si perempuan ini berkepit dengan lelaki lain?

"Ehk...itu bukan menantu Saodah ka? Awat dia duk berkepit dengan laki lain macam tu......laki dia tak tau ka??" Haa gituu ayat kaypo sanak saudara yang mengundah fitnah. Padahal, depa tak tau yang perempuan tu dah bercerai dengan suami dia.

Apa salahnya kalau kita dah berpisah dengan pasangan kita, kita pi mengadap cara baik dengan keluarga pasangan kita tu and tell them baik baik "Saya lani nak bagitau yang saya dan XXX dah berpisah. Semuanya dah selesai dengan cara baik. Saya harap hubungan kita tetaplah terus macam adik beradik juga. Mohon halal la makan minum saya. Mohon maaf kalau tersilap cakap ka apa lepas ni...."

Haaaaa sendu tak ayat akak kat atas tu. Walaupun macam mana orang nak kepo pasai kes kita pun, orang akan jadi kesian dan tak berani nak tanya lebih lebih. Tapi mesti ada juga bangsat dua tiga ekok yang tak akan paham perasaan u and cakap benda benda tak guna semua walaupun u dah jumpa and cakap dengan dia elok elok. Yang tu, u kena sabar la. Maybe orang tu, tidak mendapat keperluan sosial yang cukup berdasarkan teori psikologi Abraham Maslow. Haaa gituuuu akak terus keluar teori sosiologi.

That is how we handle dengan our adik beradik. Macam mana pula kita nak handle kawan-kawan disekeliling kita. Akak tak boleh bayangkan macam mana kita nak berdepan dan ceritakan semua kisah sedih dan kepayahan kita ni dengan kawan-kawan. Bukan benda yang SENANG okay!!! Sedang kawan-kawan bergembira dan bercintan cinton dengan pasangan dan keluarga masing-masing, kita pula dilanda dengan pelbagai konflik dan dilema dengan pasangan kita. Akak sangat memahami if seseorang itu memilih untuk tidak bercerita. I REALLY TOTALLY RESPECT THAT. Tapi kalau depa nak cerita, akak akan jadi pendengar yang terbaik.

So kepada kawan-kawan disekeliling pula, bila kita tau salah seorang kawan baik kita itu sedang mengalami tempoh yang sukar, i think the best jalan untuk kita handle adalah stay natural dan tidak 'masuk kawasan larangan'. Stay natural means, kita kekal hubungan baik dengan kedua dua kawan itu, si suami dan si isteri. Remember the problem is among depa dua, and not dengan kita. And 'tidak masuk kawasan larangan' bermaksud.......................yes kita boleh amik tau. Tapi ada batas-batas dan hadnya. Yang mana kita 'tak patut tau' kita tak payah la amik tau. Satgi tersilap cakap.......kita yang kena. Yes, kita nak tolong depa. Sapa yang tak mau tolong kan??? Tapi percayalah....lagi baik kita biarkan mereka settlekan masalah itu sendiri. Kita jadi pendoa sudahlah......

Because insan-insan yang sedang melalui saat-saat gentir ini, macam-macam pergolakan berlaku dalam diri depa. Emosi dan hormon pun jadi tunggang tebalik. Kesihatan minda dan fizikal pun boleh tercalar. Tanggungan masalah itu amat berat sekali hanya dia saja yang tau seksanya. Kenapa perlu kita beratkan lagi keadaan itu?

At the end of the day, apa yang saya simpulkan sekali lagi adalah, penceraian bukanlah suatu yang tidak baik, tapi cara kamu handle penceraian itulah yang akan mengukir dan mencerminkan keperibadian diri kamu dan pasangan. Jangan buat keputusan dalam keadaan yang marah. Jangan pikir hanya untuk hari ini, pikirlah untuk 1000 tahun lagi. Jangan lupa, macam mana kita susah Allah ada dengan kita. Dengan niat yang baik, masa akan ubati segalanya.

And for those yang sedang mengalami tempoh percubaan dalam perkahwinan macam saya, yang baru setahun dua berkahwin, cabaran yang mai memang besar. Memang keluarga dan orang sekeliling akan menilai dan memberikan pelbagai impak dalam kehidupan kita suami isteri, tapi ingat at the end of the day....yang nak susah dan yang nak senang bersama adalah pasangan kita. BUKAN ORANG LAIN. I know can be very demanding sometime, tapi ingatlah, mak bapak mana yang nak tengok anak depa susah?

Kejayaan suatu rumah tangga, tidak boleh diukur dengan berapa jumlah anak yang telah dilahirkan oleh si isteri, berapa biji rumah yang telah dibeli, berapa banyak kali depa pi honeymoon, berapa besar kereta yang suami depa beli kat depa, berapa bijik berlian mastora yang suami depa beli kat depa, berapa ribu juta ringgit yang telah dikumpulkan......

Tapi bagi saya, kejayaan suatu rumah tangga itu adalah diukur dengan macam mana orang menghormati hubungan kita suami isteri dan kita sebagai satu unit keluarga. 

****
repost from someone..think positive...