RF

RF

Saturday, May 30, 2015

Petua untuk hilangkan mabuk di awal kehamilan

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sering bertemu dengan pertanyaan, “bagaimana untuk menghilangkan (atau meredakan) mabuk/loya di awal kehamilan?” ...

Sebenarnya hampir tiada satu kaedahpun yang boleh menghilangkan rasa mabuk/loya awal kehamilan, cuma kita boleh meredakan perasaan yang sungguh kurang selesa ini. Ini adalah kerana di awal kehamilan, badan menghasilkan hormon yang menyebabkan kita merasa mabuk/loya. Mabuk, loya, pening di awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Untung jadi perempuan ni, tau.... Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kena sabar dan redha.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan.

Untuk mengurangkan, boleh cuba petua di bawah :

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.

3. Bukan hendak buat promosi percuma, tapi ada kebenarannya. Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

7. Sediakan biskut kering (plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang diletakkan di tepi katil. Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah posisinya. Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh mengurangkan mabuk atau loya.

Petua tradisional :

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.

Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. Jadi, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi... petua ini daripada adik saya sendiri, isterinya langsung tidak mengalami mabuk mengandung!

Friday, May 29, 2015

TIP MEMASAK UTK WANITA SUPER SIBUK..

Ok bila cakap pasal memasak, automatik dagu kena kedepan sikit.
Baru feel. ;D

Hari ni aku nak share tips.
Basically tips ni untuk orang yang tak berapa cekap kat dapur. Macam aku.
Aku kalau kat dapur memang selowwww je. Aku suka masak rilek-rilek sambil dengar lagu.
Sebab tu masakan aku tiptop.
*kentut*



Satu kelemahan orang yang tak cekap kat dapur ni ialah, tak mampu masak bila kesuntukan masa.
Contoh macam hari tu sibuk ada banyak urusan ke kan.
Confirm takkan masak. Tapaw kat kedai je. -____-

Aku salute dengan sorang kawan aku ni.
Dia seorang isteri, ibu kepada dua orang anak dan bekerja.
Rutin harian dia memang sibuk.
Setiap pagi bangun pukul 4.30 buat breakfast, siapkan anak apa semua.
Pagi-pagi pergi kerja, dah nak maghrib baru balik rumah.
TAPI.
Dia masih mampu masak untuk keluarga dia SETIAP HARI.
Dia cuma amik masa 30 minit je untuk masak nasi dengan lauk. Hebat kan?
Itu kelebihan orang yang cekap kat dapur.

Macam mak mertua aku pon cekap aku tengok.
Rasa macam baruuuuu je dia masuk dapur. Tetiba je dah bawak lauk pauk ke meja makan sambil,
"Ok jom makannnnn!!"

Nasib baik aku kalau bab makan, memang cekap.
Tak tahu la itu dikira kelebihan jugak ke apa. ;D

Tapi apa yang aku nampak,
kerja dapur ni memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL jugak sebenarnya.
Kau tak boleh menonongggg je masuk dapur sambil dagu kedepan,
pastu expect skill memasak kau sejibik macam Chef Wan.
Tak boleh.
Dagu kedepan pon tak guna kalau otak kebelakang. -..-
Dan multitasking skill kena tinggi untuk cekap di dapur.

Contoh sambil goreng ikan, sambil buat sambal tumis.
Sambil buat masak lemak, sambil siang ikan untuk masak esoknya.
Sambil masak, sambil kemas dapur.
Camtu.
Buat 2-3 kerja dalam satu masa.
Itu namanya CEKAP. Sambil masak sambil otak berjalan.

Aku ni bila entah nak sampai tahap tu. Selowwwww memanjang. -___-
Aku jenis yang tak suka rushing.
Macam sambil tunggu ikan masak kat atas kuali tu,
aku akan rilek kejap duduk atas bangku sambil dengar lagu sambil mengunyah.
Buruk betul perangai.
Nak harapkan dagu je la kedepan. T___T

So disebabkan kelembapan itu, aku mula berfikir.
Dengan perangai aku yang sedemikian rupa, macam mana aku nak menambahkan tahap kecekapan di dapur supaya aku boleh masak makanan yang berkhasiat untuk keluarga setiap hari.
Tanpa perlu mengubah perangai. Kahkah.

Dannnnnnn aku dah jumpa jawapannya.
Ni yang nak share dengan korang nih.
Walaupon kita sebenarnya pemalu. *tetiba*

Aku dah amalkan tips ni sejak 3 minggu lepas.
Dan hasilnya:
Aku mampu masak makanan best-best untuk keluarga setiap hari.
Masa yang diluangkan kat dapur hanya 20 minit sahaja.
Dapur tak bersepah dan tak perlu basuh banyak kitchen utensils. Cuma perlu basuh seketul kuali dan sudip sahaja. Yeayyy!
Kerja kat dapur lebih sistematik dan terurus. Tak payah pening kepala fikir nak masak apa hari ni. Sebab semua dah plan awal-awal.
Lebih banyak masa terluang untuk anak. Tak banyak masa lepak kat dapur.
Grocery shopping lebih cepat dan jimat.
Bagus untuk bajet bulanan. Boleh jimat RM100-150 sebulan. Dah boleh beli jubah baru satu. Eceh promosi promosi. ;D

Nak tahu camane aku boleh dapat semua tu?
Ok jom kita tengok satu per satu step dia.



1) Rancang menu untuk seminggu. Bukan sehari.

Macam aku, setiap hari Ahad lepas subuh aku akan sit down dan fikir menu untuk 7 hari akan datang.
Dan dalam bab fikir menu ni, jangan ikut syaitonirrojim. Ikut kemampuan.

Kalau menunya macam ni:
Isnin: Nasi beriani Kambing.
Selasa: Nasi Minyak Kari Ayam.
Rabu: Spaghetti Bolognese
etc etc..

Itu menu syaitonirrojim nama dia. ;D
Kalau ya pon nak menggembirakan perut suami, agak-agak la.
Fikir bajet, fikir khasiat setiap menu, fikir kesihatan keluarga.
Biar realistik, dan jangan terlalu optimistik. Nanti aku lestik.
Sekian pantun 3 kerat.

Macam kitorang, satu atau dua lauk untuk sekali makan sudah memadai.
Tak perlu meriah sangat.
Sebab tu badan aku macam megan fox.
*kentut lagi*

Bila selesai fikir menu untuk 7 hari akan datang tu, list down dengan jelas resepi dan bahan-bahan untuk setiap menu tersebut.


Jangan tanya mana resepi hari Jumaat. Sebab Jumaat hari cuti memasak.
Jumaat letih ok. Kan penat baca Yasin malam sebelum tu. ;D

Yang aku buat kat atas ni contoh je.
Korang nak buat 7 hari 7 resepi berlainan pon boleh.
Macam aku, aku buat 2 hari satu resepi yang sama sebab nak memudahkan pembelian barang dapur.
Supaya tak kalut sangat nak amik banyak benda. Maklom lah ada anak kecik.
Nak-nak pulak Haikal sekarang dah pandai amik barang masuk troli. Pfft.
Tetiba masa nak bayar ada 10 batang carrot dalam troli, padahal rasa macam aku amik dua je tadi. -____-

Plus, bila korang dah plan dan list down betul-betul barang dapur macam tu, korang akan lebih berdisiplin ketika grocery shopping.
Grab barang yang DIPERLUKAN sahaja.
Tak lah ikut syaitonirrojim sangat, main sambarrrr je mana nak.
Dan korang juga tak perlu amik masa yang banyak untuk grocery shopping.

Macam kitorang, grocery shopping adalah setiap Ahad.
Maksudnya kitorang akan beli barang dapur seminggu sekali.
Dan bajet kitorang adalah RM150 sahaja sekali shopping.
Guna cash, jangan guna credit card.
Kang RM150 takkan jadi RM150.80. Mesti jadi RM280 terus.

Syaitoooooonirrojim lagi.



2) Siapkan semua bahan untuk setiap menu sejurus pulang dari grocery shopping.

Macam barang basah seperti ikan, ayam, udang, etc etc, siang siap-siap sementara masih fresh.
Dah siang tu, basuh dan selawat siap-siap sebelum masuk freezer.
Supaya nanti nak masak, boleh defrost dan terus masuk kuali je.

Cara nak store dalam freezer, simpan dalam plastik atau container yang berasingan mengikut menu dan hari.
Isnin satu plastik, Selasa satu plastik, rabu satu plastik, dan seterusnya.
So nanti nak masak, keluarkan plastik berisi ikan yang nak dimasak sahaja.
Tak perlu nak defrost semuaaaa sekali.
Ikan akan cepat rosak bila defrost-freeze-defrost-freeze banyak kali.
Kan dah membaziorrr.





Ok itu untuk barang basah.
Untuk barang kering macam bawang-bawang dan sayur-sayur, pon kena potong, basuh dan tos siap-siap.
Cuma cara penyimpanan dia berbeza sikit. Sebab sayur mudah rosak lepas dipotong.
So untuk bagi dia tahan lama, balut dengan aluminium foil.
Pon buat berasingan mengikut menu.

Kalau sayur yang mudah berair seperti tomato, bawang, dan sebagainya, balut dalam aluminium foil yang berasingan mengikut spesis mereka sahaja. -..-




Aku guna aluminium foil heavy duty, jenama Diamond. Sebab dia tebal dan tahan lasak.
Bila unfold banyak-banyak kali pon tak koyak. So boleh basuh dan guna berkali-kali.
Dah boleh jimat di situ.



3) Semua bahan yang dah siap disiang/ dipotong, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari.

Supaya korang tak komfius bawang ni untuk menu mana, kentang ni untuk menu mana.




Bila nak masak, buka peti, terus ambil bekas yang berlabel hari tersebut sahaja.
Senang.


Sekian sahaja 3 tips memasak dari saya yang dagu tak berapa kedepan ni. ;D
Aku harap, dengan mengamalkan kehidupan yang lebih sistematik camni, korang lebih bersemangat dan gembira dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang permaisuri rumah.
Taknak jugak cakap surirumah kahkah.

Kalau dulu, setiap kali memasak, mesti camni keadaan dapur.


Meletihkan.
Tapi sekarang, korang cuma perlu letih sekali seminggu sahaja.
Oh tak tak. Dua kali seminggu. Campur malam jumaat bahahahaha. ;D

Aku harap dengan perkongsian ini, wanita-wanita yang super-sibuk mahupon yang sibuk berangan kat luar sana, lebih kerap boleh memasak untuk suami dan anak-anak.
Ingat, air tangan tu penting.
Bak kata Azhar Idrus, "Biar tak reti masak, janji RAJIN MASAK."



http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/02/tips-memasak-cepat-untuk-wanita-super.html

Thursday, May 28, 2015

Kadang....


Kadang..
Kita nak rase nangis sepuasnya bagi lega sakit dihati...
tapi pernah ke org paham keadaan kita...
kadang pernah ke org nak peduli...

Kadang..
aku taknak amek taw.. tapi.. aku kena hadap gak..

Allah je tempat aku mengadu...
Semoga Allah ringankan dugaan perkahwinanku kali ni...
AMIN.....

Wednesday, May 27, 2015

nyesal aku kahwin!!!


Gambar sekadar hiasan semata-mata


Ini cerita aku…..

Aku baru je kawin, ngan pilihan mak aku.

Aku tak penah kenal pon dia.

Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la.

Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.

Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha.

Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound.

“Jom la bang tido…”.

Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.

Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape.

Boleh makan best2, sebab beli kat kedai..

Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!

Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la, pedas la….

Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape..

Kira berbelanja tanpa waswas la.

Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata.

Hohoho..

Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.

Tade dalam list, tak leh amik!!

Dah la berejam-jam pusing..

Leceh tol la orang pompuan nih.

Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.

Aku je yang muka tensen.

Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..

Ala Korea bleh, ala Balotelli pon bleh buat, tade orang sound.

Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..

Dia kata x hensem la, x kemas la..

Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh!!!

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.

Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)

ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.

Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).

Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghhhh!!! first time kot rasa malu giler camtu.

Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.

Sakit wooo bini aku cubit.

Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made.

Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..).

Pastu baju2 bergelimpangan atas katil.

Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je..

Yela, kira ade orang take care la. Total Care!! Hehehe..

Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la..

Maklum la dah ade P.A.

Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran..

Hmm sejuk hatiku.

Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik.

Jadi kena ade yang tolong ingatkan.

Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi…

Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge..

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


hehehe sweet x?


sumber

Tuesday, May 26, 2015

sad story..

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya
'Kenapa menangis ni?'
'Lihatlah karangan budak ni..'
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Jadikan Saya Sebuah telefon pintar
"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar.
Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar...
Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah n ibu.. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar.
Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa."
Selesai suaminya membaca karangan tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'
Jika diperhatikan skrg ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek n focus hp masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kdg2 anak2 dok tgk je dri jauh sambil main mainannya..
Sama2 la kita berikn prhatian pd insan2 dsekeliling yg perlukn perhatian n kasih syg kita.. insyaALLAH"
Meh baca org2 yang ada smart fon, we chat, fb, twitter, wasapps, etc2
Adakalanya kita kena akui kebenaran msj ini..

Friday, May 22, 2015

KELIRU

22/05/2015

Period 2 hari je... hr ke 3 da bersih...tanda period ke? sebab 3 hr sebelum period da check negatif...
doakan la yg baik2...hope ade rezeki nnt.. aminn...

Thursday, May 21, 2015

UNTUK SI ISTERI....


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Wednesday, May 20, 2015

Cara Menjadi Isteri Yang Disayangi


1. Tidak Beremosional

Seorang isteri yang bijaksana ialah yang cool. Walaupun kena marah pun steady. Bagaikan isteri Firaun, Asiah, siapalah yang tak kenal Firaun kat dunia ini? Namanya sentiasa disebut sepanjang zaman kerana kesombongan dek kerana kekuasaan yang tiada taranya di atas dunia ketika itu. Sampai sekarang pun Piramid pun dikagumi orang. Jika Asiah boleh bersabar dengan manusia Firaun itu, kenapa isteri-isteri sekarang ini sanggup mengeluarkan kata-kata yang penuh beremosional, padahal suami tak sampai suku Firaun pun? Suami belum habis cakap, isteri sudah mengeluarkan peluru mesingun. Drama-drama Melayu yang steorotaip dengan cerita-cerita suami bagai kerbau dicucuk hidung lebih memarahkan lagi keadaan. Telah ada isteri-isteri menarik telinga suami, bercekak pinggang dan sebagainya kerana pengaruh-pengaruh liar itu. Masya Allah!

2. Jujur dalam Berkata-kata dan Bertindak

Jangan membohongi suami dalam apa-apa perkara apa sekalipun. Kerana wajah yang berbohong akan nampak jua akhirnya.

3. Bertanggungjawab

Bertanggungjawab terhadap suami, dan anak-anak. Isteri yang tidak bertanggungjawab ialah isteri yang lupa apakah peranannya sebagai isteri. Jika telah lupa, taip saja apa tanggungjawab isteri. Taip kat Google. Kursus perkahwinan selama dua hari yang dijalankan sekarang tidak mencukupi sebagai bekalan untuk berumah tangga. Sepatutnya kursus ini dilanjutkan sehingga tiga bulan sekurang-kurang macam PLKN. Kes perceraian sekarang mencatatkan setiap 15 minit berlaku satu kes perceraian. Bayangkan!

4. Berjimat dan Bijak dalam mengatur Kewangan

Berlaku suami bagi duit RM 100 sehari, suami pun tanya, beli apa? Nampak barang yang dibeli tak sampai RM 30, kata duit dah habis. Esok minta lagi, nak bayar itu, nak bayar ini. Lama-lama suami mula syak. Maklumlah suami sibuk, jadi pemandu lori. Pagi kat JB petang kat Penang. Balik rumah sekejap-sekejap kerana nak mencari duit. Anak ramai yang bersekolah. Apabila disiasat rupa-rupanya isteri beli barang-barang yang tidak diperlukan tanpa bertanya suami.

5. Tidak Berdendam

Elakkan berdendam dengan suami. Apatah lagi mengungkit kisah-kisah lama. Dendam yang bahaya ialah, suami ada kekasih, dia pun kerana berdendam angkut mana-mana jantan, saja tunjuk-tunjuk supaya suami mengamuk. Iblis memanglah sangat suka kalau dah peringkat begini. Nasib baik sebahagian suami masih waras, kalau tak mungkin dah kena cerai talak 30.

6.Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak

Isteri yang bijak ialah isteri yang berfikir panjang, baik dan buruk yang akan menyusul apabila sesuatu tindakan yang akan dibuat itu. Misalnya, suami tak benarkan isteri pergi rombongan ke Langkawi ikut kawan-kawannya. Isteri kena fikir, apa akan berlaku kalau dia pergi juga? Takkan nak ikut hasutan syaitan…ah, aku pegi ajelah…suami aku bukan kasi aku duit, ni duit aku jual pinggan-mangkuk!

7. Jangan Selalu Meminta

Dah tau suami gaji tak sampai RM 1500, isteri mintak gelang emas, sofa mahal-mahal, Preve, itu, ini….

8. Merendah Diri

Jadilah isteri yang merendah diri, bukan membesarkan diri tak sudah-sudah. Bangga dengan keluarganya yang kaya-raya, bangga dengan kecantikan yang tak secantik mana….

9. Berwajah Ceria

Berwajah ceria macam Ustazah Nor Bahayah, happy aje…bukan mencuka, muncung sebatu boleh digantung hanger baju……….Nak berwajah ceria ni, redha bahawa jadi isteri ni memang kena taat kepada suami. Kerana perempuan ni nak masuk syurga senang aje…dua untuk Allah , dua untuk suami. Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga.
Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Sah Menjadi Isteri Orang..

Alhamdulillah....
14.03.2015 Tarikh penting dalam hidup aku sah menjadi isteri orang...
walaupun penah terluka sebelum ini, tapi Allah tahu tg terbaik utkku...